Ini proses biasa. Menangis, nak mummy, nak daddy, main, nangis lagi, main dan nangis lagi. Berapa lama proses ni? Ia bergantung kepada si anak dan cara si dewasa ni tadi membantu anak melalui proses ini.
.
Proses ini yang kita panggil proses peralihan. Transition. Ia melibatkan perubahan. Rumah ke Centre. Parents ke Playcarers. Nampak mudah kan. Tapi tidak mudah untuk si anak.
.
Bayangkan sahaja kita di campakkan di tempat baru yang dipenuhi dengan orang asing yang lebih besar dari kita. Apa yang kita rasa? Bayangkan... YES! Perasaan itu jugalah yang anak ni rasa dan ia berganda buat anak.
.
Tapi kelebihan si anak, mereka ni boleh scan dan baca kita. Amazing kan.
.
Tips untuk bantu anak cope with changes.
.
1. Respect - hormati anak dan emosi mereka. Apa sahaja emosi mereka saat itu adalah Valid. Playcarers and parents perlu sensitif kepada emosi itu.
.
2. Prepare - bersiap sedia. Tugasan parents prepare yourself untuk lepaskan anak ke centre dan berborak lah dengan anak, "esok X akan ke kinderbebe ya, mommy nak kerja..petang mommy akan amik X" .. kalau boleh borak la benda ni setiap malam.. sebab kita nak prepare si anak ni untuk esok. Tugasan Playcarers pulak.. kena bersedia juga untuk menerima anak yg baru ni. Bersedia untuk mendengar dia menangis, kena bersedia untuk dia meronta, jadi bila kita sedia, proses membantu dan membenarkan anak ni melalui emosi tersebut lebih mudah. Sebab kita dah Sedia.
.
3. Acknowledge and sit with them - Bila kita dah bersedia, kita akan lebih positif untuk berdepan dengan situasi sebenar. Benarkan mereka untuk lalui perasaan itu. Perasaan sedih berpisah, perasaan takut dengan org org baru. Dan Playcarers kena ready to sit with him bukan dengan menyuruh anak senyap. Tapi dengan membenarkan semua emosi itu dikeluarkan. Dan sekirannya setiap satu emosi itu di benarkan berlaku dan kita si dewasa ni menyambut dengan baik emosi emosi ini tadi, percayalah..proses ini akan berlaku dengan cepat dan perlahan anak akan belajar untuk trust dan relationship itu akan terbina.
.
Comments